ISBN 978-983-9368-29-1
Klik gambar untuk paparan lebih jelas.
Klik pautan di bawah untuk melihat paparan berikut:(Right click pautan di bawah dan pilih 'Open Link in New Tab/Window' dan tunggu sehingga selesai 'loading image...'Paparan KandunganPaparan Teks 2Paparan Latihan Terjemahan Teks 2Paparan Jawapan Terjemahan Teks 2Paparan Jadual Pembentukan Kata Teks 2Paparan Soalan Set APaparan Lampiran - Jadual 3: Kata Kerja MudhaafAssalamu'alaikum,Akhirnya buku pertama saya tentang bahasa Arab!
Terbitan: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (2008)
No muka surat: 162 + 10 (bahagian awalan)
TENTANG BUKU:Buku ini ditulis khas untuk pelajar tahun 3 yang mengambil kursus Bahasa Arab Lisan - PJ3503, semester 2 Tahun, Sesi 2007/2008 di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Walau begitu, ia boleh dimanfaatkan oleh penggiat dan pelajar bahasa Arab lain.
OBJEKTIF UTAMA BUKU:1. pendedahan istilah-istilah semasa bahasa Arab kepada pelajar
2. pendedahan struktur ayat semasa kepada pelajar
3. membantu pelajar menguasai bahasa Arab secara spontan
4. memperkukuhkan asas pembentukan kata kerja berimbuhan
KONSEP BUKU:1. Terdiri daripada 24 bab
2. Setiap bab didahului dengan 1 perenggan ringkas teks bahasa Arab
3. Ini diikuti oleh terjemahan bebas teks tersebut ke bahasa Melayu
4. Perbahasan ungkapan dan istilah yang terdapat dalam teks
5. Perbahasan tata bahasa yang terdapat dalam teks - ungkapan sifah/mausuf; idhafah, ungkapan huruf jar; penggunaan kata masdar; penggunaan ayat dalam ayat (sekiranya terdapat di dalam teks).
6. Latihan terjemahan dari bahasa Melayu ke bahasa Arab; berdasarkan perbendaharaan kata yang digunapakai dalam teks, serta berdasarkan struktur ayat yang terdapat dalam teks. Jawapan diberikan di akhir buku.
7. Jadual pembentukan kata kerja dan imbuhannya bagi perkataan yang dihitamkan di dalam teks.
8. Semua teks bahasa Arab dibariskan mengikut ciri-ciri bahasa Arab Akademik - iaitu baris akhir perkataan tidak dibariskan. Yang dibariskan hanya baris-baris sebeum akhir sesuatu perkataan sahaja; kecuali terpaksa. (Lihat keterangan lanjut tentang bahasa Arab Akademik di bawah)
9. Tujuan lain untuk tidak meletak baris akhir sesuatu perkataan ialah agar pelajar dapat melatih secara ilmiah atau berbincang untuk mengenalpasti apakah baris akhir sesuatu perkatan itu. Pelajar juga boleh merujuk tajuk-tajuk ilmu Nahu yang membahaskan isu-isu perubahan baris akhir ini.
10. Buku ini diakhiri dengan 3 set soalan pengukuhan yang merupakan ujian ringkas terjemahan ungkapan dan ayat ke bahasa Arab yang terdiri daripada 35 soalan pada setiap set.
11. Ini diikuti oleh jadual umum pembentukan kata kerja berimbuhan mengikut kategori kata kerja iaitu - kategori salim, mahmuz, mudhaaf, mithal, ajwaf dan naqis. Perkataan yang digunakan untuk pembentukan imbuhan ini dipetik keseluruhannya daripada 24 teks semasa yang dikaji dalam buku ini.
12. Teks-teks yang dimuatkan di dalam buku ini juga boleh di dapati dalam bentuk mp3 untuk didengar oleh penggiat/pelajar agar membantu penguasaan bahasa Arab mereka. Pautan fail audio adalah seperti di bawah.
HARGA BUKU: RM 15.00 + RM 2 (pos berdaftar). Jumlah = RM 17.00 sahaja.
Yang berminat untuk memanfaatkan buku ini sila hubungi saya di 016-2121-911, or e-mail: zain7478@gmail.com
MALING LIST ANALISA WACANAHantar e-mail anda kepada saya untuk menyertai mailing list ANALISA WACANA, di mana anda boleh bertanya soalan atau mengikuti perbincangan tentang segala yang berkaitan dengan bahasa Arab umumnya, dan yang berkaitan dengan buku ini secara khusus.
E-mail saya di 'zain7478@gmail.com', dengan subject 'Analisa Wacana'; dan nama anda akan saya masukkan dalam mailing list ini untuk manfaat bersama.
---------------------------------------------------
BAHASA ARAB AKADEMIK1. Bangsa Arab mempunyai banyak lahjat (bahasa daerah).
2. Bahasa daerah Mesir, berbeza dengan Saudi, Morocco, Sudan dan seterusnya.
3. Sekiranya mereka ini tidak bersekolah dan tidak pernah didedahkan kepada pelajaran Saraf/Nahu bahasa Arab, nescaya apabila mereka bertemu di kalangan mereka, mereka akan menggunakan bahasa daerah mereka. Samalah seperti penduduk pendalaman Kelantan, Kedah atau Negeri Sembilan - mereka yang tidak pernah bersekolah ini, sekiranya bertemu di KLCC; (99.99%) akan berbual sesama mereka dengan menggunakan bahasa daerah masing-masing -
Kelatee, Kedoh dan
Nogoreee!4. Hanya orang Arab yang pernah bersekolah saja, dan didedahkan kepada pelajaran Saraf/Nahu bahasa Arab akan meninggalkan bahasa daerah mereka dan bertutur sesama mereka dengan menggunakan bahasa yang diistilahkan sebagai bahasa
Arab Akademik atau
Lughah al-mutsaqqafin ini.
5. Ciri-ciri bahasa ini ialah
SEMUA BARIS AKHIR PERKATAAN TIDAK AKAN DIBARISKAN; kecuali
TERPAKSA!Contoh:1. 'saya belajar' tidak disebut '
ad-ru-su' tetapi disebut '
ad-rus' sahaja.
2. 'sekolah' tidak disebut '
mad-ra-sa-tun' tetapi disebut '
mad-ra-sah' sahaja.
3. 'bahasa Arab' tidak disebut '
lu-gha-tul-'ara-biy-yah' tetapi disebut '
al-lu-ghah al-'ara-biy-yah' sahaja.
Dan seterusnya....
Ini lebih
MESRA PELAJAR di peringkat permulaan kerana pelajar tidak dibebankan dengan istilah-istilah Nahu; dan pelajar lebih mudah untuk menguasai perbendaharaan kata untuk digunakan dalam ayat tanpa
PERASAAN RAGU-RAGU untuk membaris akhirkan sesuatu perkataan itu sama ada baris
DEPAN,
ATAS atau
BAWAH; kerana semua perkataan di-
MATI-kan baris akhirnya.
Menyebut baris akhir sesuatu perkataan
WAJAR DITANGGUHKAN sehingga pelajar telah mempunyai keyakinan dan penguasaan yang mantap terhadap asas bahasa Arab sama ada dari segi ilmu atau pertuturan.
PERHATIAN: Dalam bacaan audio/mp3; teks dibaca dengan cara bacaan ini.
Wassalam.
-------------------------------------------------------
BACAAN TEKS DALAM BENTUK mp3PANDUAN UMUMMengikut teori penguasaan bahasa, seseorang itu hanya akan menguasai sesuatu bahasa sekiranya ia mendengar
INPUT-INPUT YANG DIFAHAMI dengan secukupnya. Berdasarkan teori ini, pelajar dicadangkan agar mendengar sebanyak mungkin bacaan di bawah ini -
SETELAH MEMAHAMI makna ungkapan dan ayat melalui huraian di dalam buku.
Muat turun bacaan audio ke handphone anda, atau pada mp3 player untuk didengar di dalam kereta, dan sebagainya; mudah-mudahan cara ini akan membantu anda menguasai perbendaharaan kata dan struktur ayat bahasa Arab.
Teks 1 |
Jawapan Latihan Teks 1Bacaan Spontan Teks 1Teks 2 |
Jawapan Latihan Teks 2Bacaan Spontan Teks 2Teks 3 |
Jawapan Latihan Teks 3Bacaan Spontan Teks 3Teks 4 |
Jawapan Latihan Teks 4Bacaan Spontan Teks 4Teks 5 |
Jawapan Latihan Teks 5Bacaan Spontan Teks 5Teks 6 |
Jawapan Latihan Teks 6Bacaan Spontan Teks 6Teks 7 |
Jawapan Latihan Teks 7Bacaan Spontan Teks 7Teks 8 |
Jawapan Latihan Teks 8Bacaan Spontan Teks 8Teks 9 |
Jawapan Latihan Teks 9Bacaan Spontan Teks 9Teks 10 |
Jawapan Latihan Teks 10Bacaan Spontan Teks 10Teks 11 |
Jawapan Latihan Teks 11Bacaan Spontan Teks 11Teks 12 |
Jawapan Latihan Teks 12Bacaan Spontan Teks 12Teks 13 |
Jawapan Latihan Teks 13Bacaan Spontan Teks 13Teks 14 |
Jawapan Latihan Teks 14Bacaan Spontan Teks 14Teks 15 |
Jawapan Latihan Teks 15Bacaan Spontan Teks 15Teks 16 |
Jawapan Latihan Teks 16Bacaan Spontan Teks 16Teks 17 |
Jawapan Latihan Teks 17Bacaan Spontan Teks 17Teks 18 |
Jawapan Latihan Teks 18Bacaan Spontan Teks 18Teks 19 |
Jawapan Latihan Teks 19Bacaan Spontan Teks 19Teks 20 |
Jawapan Latihan Teks 20Bacaan Spontan Teks 20Teks 21 |
Jawapan Latihan Teks 21Bacaan Spontan Teks 21Teks 22 |
Jawapan Latihan Teks 22Bacaan Spontan Teks 22Teks 23 |
Jawapan Latihan Teks 23Bacaan Spontan Teks 23Teks 24 |
Jawapan Latihan Teks 24Bacaan Spontan Teks 24Jawapan Soalan Set AJawapan Soalan Set BJawapan Soalan Set C